Teruja dan gembira.. Terpancar di wajah 20 pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf di Kota Kinabalu ketika dibawa membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.<br /><br />Bagi semua penerima, mereka berbesar hati selain memanjat kesyukuran buat yang memberi perhatian kepada golongan yang kurang berkemampuan.
